PORTFOLIO PEMBANGUNAN USAHAWAN
182) PORTFOLIO PEMBANGUNAN USAHAWAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah dasar dan perancangan program untuk memantapkan pembangunan usahawan tahun 2015?
Tahun 2015 merupakan tahun pelaksanaan AEC (ASEAN Economic Community). Dengan kewujudan AEC ini pasaran bukan sahaja tertumpu kepada Malaysia sebaliknya terbuka kepada hampir 600 juta pengguna dengan KDNK sebanyak USD 3 trillion. Adalah menjadi kerugian kepada usahawan-usahawan jika tidak mengambil kesempatan yang ada ini. Sehubungan itu, bagi tahun 2015, Dasar Pembangunan Usahawan Negeri Selangor adalah Usahawan Digital (Digital Entrepreneur). Dengan dasar ini dipercayai usahawan-usahawan Negeri Selangor akan mampu mempromosikan dan memasarkan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan mereka bukan sahaja dia Negara ASEAN tetapi ke segenap pelusuk dunia selagi ianya boleh dihubungi dengan rangkai telefon dan internet. Bagi bergerak seiring dengan dasar yang telah ditetapkan dan mencapai sasaran tersebut, Kerajaan Negeri akan memperbanyakan lagi kursus-kursus dan bengkel-bengkel peningkatan pasaran melalui Facebook Marketing (Simplified Facebook Marketing). Disamping itu juga, Kerajaan Negeri akan menaik taraf portal usahawan sedia ada kepada platform pemasaran produk dan perkhidmatan usahawan negeri Selangor (Selangor Entrepreneur Marketing Platform) Dengan ini, semua usahawan Negeri Selangor boleh mempromosikan dan memasarkan produk mereka di Selangor Entrepreneur Marketing Platform. Dalam masa yang sama, Selangor Entrepreneur Marketing Platform ini juga merupakan laman web mini usahawan tersebut. Untuk menarik kepercayaan pembeli-pembeli dari luar dan memudahkan urusan jual beli, usahawan kemudiannya perlulah membina laman web mereka sendiri yang dilengkapi dengan kemudahan “payment gateway” dan “chart”. Bagi usahawan yang berkemampuan, selain daripada membangunkan lawan web mereka sendiri, mereka juga boleh turut mempunyai aplikasi telefon pintar dan tablet untuk laman web mereka. Untuk ini, usahawan perlu mendapatkan khidmat pembagun laman web dan ini secara tidak sengaja turut menyumbang kepada peningkatan pendapatan usahawan yang menawarkan perkhidmatan pembangunan laman web dan aplikasi telefon pintar serta tablet. Dengan dasar ini dan perancangan ini, diharap ia juga akan turut menyumbang kepada industri logistik.
