Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

66) PPAS

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kenapakah kerajaan mengambil masa yang terlalu lama untuk menaiktaraf PPAS Lembah Jaya Selatan.

     

     

    PENJENAMAAN SEMULA BANGUNAN-BANGUNAN PERPUSTAKAAN.

     

    Perpustakaan kini telah ditransformasikan menjadi hub ilmuan, hub pendidikan dan pusat tumpuan komuniti (community centric) dengan konsep Penjenamaan Semula Perpustakaan (rebranding) dan Perpustakaan sebagai Rumah Kedua Ku (Library My Second Home).

    Matlamat utama adalah bagi membantu kerajaan mengurangkan kadar jenayah dan gejala sosial. Bermula pada tahun 2009, bangunan-bangunan perpustakaan mula dijenamakan, dengan konsep yang lebih menarik melibatkan:-

     

    1. Buku-buku dan bahan penyelidikan terkini(termasuk pembangunan koleksi bahasa cina dan tamil di sebahagian perpustakaan yang dijenama semula)
    2. Infrastruktur
    3. Ruang bacaan yang lebih santai
    4. Perabot yang serba moden
    5. Perkhidmatan multimedia
    6. Internet dan wifi percuma,
    7. Pusat siber rakyat,
    8. Kemudahan kafetaria dan surau serta tandas yang

     

    Perpustakaan Desa Lembah Jaya adalah perpustakaan yang dibaikpulih dengan konsep penjenamaan semula (rebranding) dan telah berjaya menjadikan lebih ramai masyarakat berminat untuk menuntut ilmu.

     

    Bangunan ini merupakan salah sebuah pusat perkhidmatan desa yang telah mula beroperasi sejak tahun 2005. Bangunan ini terletak didalam kawasan masjid di Kg Lembah Jaya. Keadaan perpustakaan ini uzur dan memerlukan penambahbaikan luaran dan dalaman. Perpustakaan ini telah disenaraikan dalam Projek Perpustakaan yang dibiayai oleh Kumpulan Perangsang Selangor Berhad bagi yang memenuhi konsep Rebranding PPAS.

     

    Kerja-kerja pengubahsuaian di bangunan perpustakaan Desa Lembah Jaya, Ampang, Selangor bermula pada 25 Mac 2013 dan telah disiapkan dalam yang ditempoh tetapkan serta mengikut spesifikasi kerja yang telah dinyatakan dalam tawaran sebutharga dan telah siap proses pengubahsuaian pada 13 November 2013.

     

    Malangnya, pada 21 Januari 2014 telah berlaku kecurian (kuprum) yang menyebabkan 7 unit (2.0 HP) di Perpustakaan tersebut rosak. Pihak PPAS telah membuat laporan Polis dan PPAS telah menggantikan penghawa dingin yang baru bagi memastikan ruang perpustakaan dapat digunakan dengan selesa.

Lampiran

Tiada Lampiran.