PRESTASI AIR SELANGOR
165) PRESTASI AIR SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status terkini penstrukturan semula air Negeri Selangor?
Penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air telah dimuktamadkan pada 12 September 2019. Mulai 13 September 2019, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd merupakan operator air tunggal yang memiliki lesen perkhidmatan dan lesen kemudahan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 bagi tujuan pengekstrakan, rawatan dan agihan air terawat kepada pengguna di Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
