Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

72) PRESTASI KERJA ALAM FLORA

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah spesifikasi yang diguna pakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan di Seluruh Selangor untuk memantau prestasi kerja-kerja yang dilakukan oleh syarikat Alam Flora?

    Pengurusan sisa pepejal terbahagi kepada 2 bahagian iaitu kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam. Setiap PBT mempunyai spesifikasi yang berlainan mengikut keperluan dan kemampuan kewangan mereka.

    Spesifikasi kutipan secara amnya adalah seperti berikut:-

    • Premis kediaman 3 kali seminggu berselang dari rumah ke rumah.
    • Premis perniagaan 6 kali seminggu dari kebuk sampah atau pusat tong.
    • Rumah pangsa 6 kali seminggu dari pusat tong.
    • Pasar awam 7 kali seminggu dari pusat tong.

    Spesifikasi pembersihan awam secara amnya adalah seperti berikut:-

    • Sapuan jalan di kawasan komersial/perniagaan, protokol dan utama 6 kali seminggu.
    • Sapuan jalan di kawasan perumahan 2 kali sebulan.
    • Sapuan padang permainan 6 kali sebulan.
    • Membersih longkang di kawasan komersial/perniagaan, protokol dan utama 6 kali seminggu.
    • Membersih longkang di kawasan perumahan 2 kali sebulan.
    • Membersih longkang monson 2 kali sebulan.
    • Potong rumput di kawasan komersial/perniagaan, protokol dan utama 2 hingga 3 kali sebulan.
    • Potong rumput di kawasan perumahan 2 kali sebulan.
    • Potong rumput di kawasan lapang dan taman permainan 2 hingga 3 kali sebulan.
    • Membersih perhentian bas/teksi 6 kali seminggu
    • Membersih perangkap sampah dan log boom 6 kali seminggu Membersih pasar malam mengikut setiap kali pasar malam diadakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.