PRESTASI KEWANGAN NEGERI SELANGOR
114) PRESTASI KEWANGAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan secara terperinci bagaimanakah prestasi kewangan Negeri Selangor secara perbandingan sejak 4 tahun yang lepas ?
Prestasi kewangan Negeri Selangor secara perbandingan sejak 4 tahun yang lepas dapat diperjelaskan melalui jadual di bawah:
2011 (RM Juta) 2010 (RM Juta) 2009 (RM Juta) 2008 (RM Juta) Hasil 1,634.01 1,571.50 1,763.87 1,516.34 Belanja Mengurus 951.01 902.12 1134.08 661.69 Belanja Pembangunan 502.38 550.24 714.10 849.82 Jadual di atas menunjukkan kedudukan kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun 2008 hingga 2010. Secara keseluruhannya, kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Selangor sejak 4 tahun lepas menunjukkan prestasi yang baik.
Hasil yang dikutip oleh Kerajaan Negeri bagi tahun 2008 hingga 2010 menunjukkan trend yang meningkat iaitu daripada RM1,516.34 juta pada tahun 2008 kepada RM1,634.01 juta pada tahun 2011. Peningkatan ketara di dalam hasil Kerajaan Negeri pada tahun 2009 adalah berkaitan hasil jualan hutang oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada Selangor Industrial Corporation Sdn. Bhd. berjumlah RM391.99 juta. Manakala peningkatan di dalam perbelanjaan mengurus pada tahun 2009 adalah berkaitan pemberian geran kepada Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) bagi pembelian hutang Syarikat Talam Corporation daripada Selangor Industrial Corporation Sdn. Bhd.
Selain itu, nisbah semasa Kerajaan Negeri adalah baik iaitu memperoleh nisbah lebih daripada 1 bagi tempoh tersebut, ini menunjukkan Kerajaan Negeri mampu menampung jumlah tanggungan semasa.
Baki terkumpul Akaun Hasil Disatukan daripada tahun 2008 hingga tahun 2011 juga menunjukkan trend yang meningkat iaitu sebanyak RM673.96 juta pada tahun 2008 dan telah meningkat sehingga RM912.75 juta pada tahun 2011. Walau bagaimanapun, terdapat penurunan pada baki terkumpul Akaun Hasil Disatukan pada tahun 2009 iaitu pada RM608 juta sahaja disebabkan penyata Kerajaan Negeri mencatatkan defisit sejumlah RM65.96 juta.
