PRESTASI KUTIPAN SAMPAH DAN PEMBERSIHAN OLEH KDEB

42) PRESTASI KUTIPAN SAMPAH DAN PEMBERSIHAN OLEH KDEB

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan setakat ini bagaimanakah prestasi kerja-kerja pembersihan oleh ÊKDEB?

    Prestasi KDEBWM sentiasa dipantau dari masa ke semasa oleh PBT. Indikator utama yang digunapakai oleh PBT bagi menilai prestasi KDEBWM adalah jumlah aduan dan juga Notis Tindakan Pembetulan (NTP) yang telah dikeluarkan. Prestasi KDEBWM akan dibentangkan dan dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengindahan Bandar yang diadakan oleh PBT pada setiap bulan. Secara umumnya, prestasi KDEBWM adalah baik. Walau bagaimanapun, masih terdapat ruang penambahbaikan yang perlu dilaksanakan oleh KDEBWM dari masa ke semasa di beberapa PBT. Difahamkan KDEBWM juga telah menamatkan kontrak perkhidmatan beberapa sub-kontraktornya yang didapati telah gagal menunjukkan prestasi yang baik di lapangan. Ini menunjukkan bahawa KDEBWM sentiasa serius dan tidak akan berkompromi dengan aspek prestasi kerana ia merupakan cerminan kepada imej KDEBWM dan juga Kerajaan Negeri. KDEBWM juga sentiasa mengalu-alukan pandangan dan komen yang membina dari semua pihak bagi memastikan mutu perkhidmatan khususnya pembersihan awam berada pada tahap yang paling optimum dan terbaik.

Lampiran

Tiada Lampiran.