PRESTASI PERBELANJAAN JABATAN-JABATAN SEPERTI DALAM BELANJAWAN 2016
122) PRESTASI PERBELANJAAN JABATAN-JABATAN SEPERTI DALAM BELANJAWAN 2016
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa peratuskah perbelanjaan jabatan JAIS, JKR dan JPS telah dibelanjakan seperti dalam belanjawan 2016?
Bagi tahun 2016, Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan peruntukan pembangunan sebanyak RM1.44 bilion bagi tujuan menampung pelaksanaan bagi sembilan (9) vot jabatan di Negeri Selangor.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM 544,000,000.00 telah disediakan bagi tiga (3) jabatan iaitu Jabatan Kerja Raya (P12), Jabatan Pengairan Dan Saliran (P13) dan Jabatan Agama Islam Selangor (P14).
Sehingga 31 Disember 2016, sebanyak RM505,615,509.47 (92.9%) telah dibelanjakan oleh tiga (3) jabatan tersebut. Perincian prestasi perbelanjaan mengikut jabatan adalah seperti berikut:
JABATAN PERUNTUKAN (RM) BELANJA
(RM)BELANJA
(%)P12 Jabatan Kerja Raya 373,000,000.00 345,950,731.79 92.7 P13 Jabatan Pengairan Dan Saliran 80,000,000.00 75,256,774.26 94.1 P14 Jabatan Agama Islam Selangor 91,000,000.00 84,408,003.42 92.8 JUMLAH 544,000,000.00 505,615,509.47 92.9
