PRESTASI PERBELANJAAN JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN SELANGOR (JPS)

196) PRESTASI PERBELANJAAN JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN SELANGOR (JPS)

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan secara terperinci prestasi perbelanjaan pembangunan JPS yang diumumkan dalam Bajet Selangor 2017.

    Pada tahun 2017 JPS Negeri Selangor mendapat peruntukan sebanyak RM135 juta. Perbelanjaan sehingga 23 Oktober 2017 adalah seperti jadual di bawah:

    BUTIRAN PERUNTUKAN 2017

    (RM)

    PERBELANJAAN 2017

    (RM)

    P.K 1

    PEMBANGUNAN PROJEK TEBATAN BANJIR

    54,826,671.54 30,110,888.28
    P.K 2

    MENAIKTARAF SALIRAN

    19,818,100.00 4,302,018.23
    P.K 3

    PEMBANGUNAN LEMBANGAN SUNGAI

    16,170,328.16 5,821,808.35
    P.K 4

    PEMBANGUNAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI

    2,269,990.00 1,121,828.50
    P.K 5

    PEMBANGUNAN SALIRAN MESRA ALAM

    12,78,700.00 3,474,462.34
    P.K 6

    PEMBANGUNAN PANTAI

    13,700,000.00 5,760,734.40
    P.K 7

    PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL

    16,771,000.00 6,413,755.58
    P.K 8

    PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR BANGUNAN

    159,010.00 114,033.36
    P.K 9

    PELBAGAI

    0.00 0.00
    JUMLAH 135,000,000.00 57,119,529.04

    Pada tahun 2016, prestasi perbelanjaan bagi peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri sehingga Oktober adalah sebanyak RM26,644,503.91 dengan peratus 33.30 % dari jumlah peruntukan sebanyak RM80,000,000.00.

    Manakala perbelanjaan tahun semasa sehingga 25 Oktober 2017, adalah sebanyak RM57,119,529.04 dengan peratus 42% dari jumlah peruntukan tahunan yang diterima sebanyak RM135,000,000.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.