Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

204) PRODUK ASAS TANI

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri membantu dalam mempromosi produk asas tani oleh usahawan di Selangor?

    Kerajaan Negeri membantu dalam mempromosikan produk asas tani melalui medium seperti peluang berniaga di program pameran dan jualan seperti ekspo Selangor Agrofest (SAF), Halfest, MIHAS, jualan hari raya di Pasar raya terpilih dan semasa Hari Bertemu Pelanggan di daerah-daerah. Selain itu, Jabatan Pertanian juga membantu dari segi cetakan bahan promosi seperti phamplet, bunting dan banner untuk kegunaan usahawan bimbingan. Jabatan juga bekerjasama erat dengan Pasaraya Aeon untuk membawa produk- produk usahawan bimbingan ke dalam pasar raya ini. Program ini telah mencatatkan hasil jualan dari Januari hingga September 2015 sebanyak RM1.089 juta melibatkan 38 orang

Lampiran

Tiada Lampiran.