Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

173) MEMASANG BENDERA

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pihak kerajaan ingin menggubal peraturan yang mewajibkan setiap premis perniagaan dan kediaman memasang bendera Malaysia dan bendera Negeri Selangor pada hari kebangsaan?

    Kerajaan Negeri tiada cadangan untuk mewajibkan setiap premis perniagaan dan kediaman memasang bendera Malaysia dan bendera Negeri Selangor pada Hari Kebangsaan buat masa ini. Walau bagaimanapun, ada juga PBT-PBT yang mengambil inisiatif untuk memasang bendera Jalur Gemilang di premis-premis seperti rumah kedai, restoran dan pejabat kerajaan. Selain itu, di sekolah-sekolah  juga turut diadakan pelbagai pengisian program untuk menyuntik semangat cintakan negara kepada pelajar-pelajar seperti persembahan kebudayaan, pancaragam dan pentomin.

Lampiran

Tiada Lampiran.