PROGRAM ATAU SKIM PEMBANGUNAN MODAL INSAN
47) PROGRAM ATAU SKIM PEMBANGUNAN MODAL INSAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila kemukakan senarai lengkap program-program pembangunan modal insan yang telah dijalankan dalam tempoh 2013-2017.
Program-program pembangunan modal insan yang telah dijalankan dalam tempoh 2013-2017:-
i. Program SPIES (Tahun 2008 – 2014)
Program SPIES telah dilaksanakan pada tahun 2008 sehingga tahun 2014. Program ini adalah program pengupayaan atau membudayakan insan (empowering) tidak bertujuan untuk melahirkan seorang tokoh tetapi menekankan kepada pembentukan masyarakat madaniah yang bersivil dan beradab melalui proses pembentukan karakter dan potensi melalui elemen Spiritual, Physical, Intelek, Emosi dan Sosial.
ii. Program INSAN (Tahun 2015 – Kini)
Pada tahun 2015, program SPIES telah diberi penjenamaan semula kepada Program INSAN. Susulan daripada eleman yang diterapkan dalam program SPIES, konsep dan kandungan Program INSAN telah dibuat penambahbaikan dari segi struktur modul yang lebih fokus dan kontemporari dengan menekankan model Integrated Holistik Education System (IHES) merangkumi modul untuk semua Generasi termasuk Gen Z bertujuan untuk melahirkan Rakyat Selangor dengan karakter Idaman menggunakan 23 potensi INSAN. 9 kluster sasaran termasuk Gen Z bermula Pelajar Sekolah Rendah, Menengah, Pelajar IPT serta golongan Belia telah terlibat dalam program INSAN ini.
iii. Program Jom Kerja (Tahun 2009 – 2015)
Program Jom Kerja telah diperkenalkan pada tahun 2009 merupakan sebuah program karnival kerjaya yang memberi peluang kepada rakyat Selangor bagi mendapatkan pekerjaan sekaligus mengurangkan kadar pengangguran di Negeri Selangor.
- Program Selangor Job Fair (Tahun 2016 – Kini)
Pada mulanya, program ini diberi nama Program Jom Kerja, tetapi telah diberi penjenamaan semula kepada Program Selangor Job Fair pada tahun 2016. Program karnival kerjaya ini telah melibatkan semua daerah- daerah di Negeri Selangor.
v. Program Latihan Kemahiran Pesara Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Negeri Selangor (Tahun 2016 – Kini)
Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Program Latihan Kemahiran Pesara Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Negeri Selangor pada tahun 2016. Program latihan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan bimbingan kepada para pesara ATM berkenaan pengurusan kewangan, kemahiran insaniah dan keusahawanan. Dengan pendedahan dan bimbingan tersebut, ia dapat memberi laluan pekerjaan atau keusahawanan kepada pesara bagi menjamin pendapatan selepas persaraan.
