Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

216) PROGRAM BANTUAN FOOD STAMP

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah peserta program tersebut.

    Sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, Program Bantuan Makanan Asas ‘Smart Selangor Food Stamp’ telah diperkenalkan semasa pembentangan Belanjawan 2016 oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada 30 Oktober 2015 yang lalu.

    Pemberian bantuan ini diberikan kepada 100 buah keluarga termiskin yang memenuhi kriteria tertentu dan telah dikenalpasti oleh pihak Pusat Khidmat Masyarakat di kawasan masing-masing tanpa mengira bangsa, kaum serta fahaman politik. Jumlah peserta dan perbelanjaan yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri bagi pelaksanaan program ini adalah seperti berikut :-

    TAHUN JUMLAH PENERIMA JUMLAH PERBELANJAAN
    2016 5,500 buah keluarga RM2,116,800.00
    2017 5,400 buah keluarga RM3,656,800.00
    JUMLAH 10,900 buah keluarga RM5,773,600.00

Lampiran

Tiada Lampiran.