PROGRAM BANTUAN KESIHATAN
216) PROGRAM BANTUAN KESIHATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah program bantuan kesihatan yang dilaksanakan Kerajaan Negeri?
Kerajaan Negeri telah memperkenalkan satu program iaitu Program Bantuan Sihat Selangor, di mana bantuan kewangan akan diberikan kepada pemohon yang layak bagi menampung kos rawatan kesihatan yang tinggi. Pada tahun 2017, sebanyak RM5.5 juta telah diperuntukkan bagi meringankan beban kos rawatan yang ditanggung oleh rakyat. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM5 juta telah dikhususkan untuk menampung kos rawatan dialisis kepada pesakit yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang dan selebihnya untuk lain-lain jenis bantuan kesihatan. Di antara bantuan kesihatan yang ditawarkan di bawah Program Bantuan Sihat Selangor adalah seperti berikut :
- Bantuan katarak mata;
- Bantuan pembedahan kecil;
- Bantuan pembelian kaki palsu; dan
- Bantuan alatan kesihatan termasuk lampin pakai buang dan susu.
