PROGRAM BIODIESEL DARIPADA MINYAK MASAK TERPAKAI
218) PROGRAM BIODIESEL DARIPADA MINYAK MASAK TERPAKAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan telah menjalankan program pengitaran minyak masak terpakai untuk membuat berdiesel?
Kerajaan Negeri Selangor menyokong program pengitaran minyak masak terpakai untuk dijadikan bahan biodiesel. Kerajaan Negeri telah melancarkan program kitar semula minyak masak pada Program Gotong–Royong Kajang Jom Bersih, Gempur Aedes dan Kitar Semula Minyak Masak yang telah diadakan pada 9 Mac 2014. Melalui program tersebut, Kerajaan Negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri mendidik rakyat setempat dan memberi kesedaran untuk menjalankan aktiviti kitar semua minyak masak untuk dijadikan bahan biodiesel. Usaha ini adalah salah satu langkah menjaga kebersihan alam sekitar disamping pengamalan gaya hidup sihat melalui corak pemakanan yang baik. Dalam masa yang sama, kebanyakan PBT di Selangor telah menjalankan program pengitaran minyak masak seperti Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Sepang.
Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor juga sedang di dalam proses penyediaan Garis Panduan kitar semula minyak masak untuk dijadikan sebagai bahan biodiesel untuk dilaksanakan di dalam negeri Selangor dengan kerjasama setiap Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor.
