PROGRAM BLUE PRINT

77) PROGRAM BLUE PRINT

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah permohonan keseluruhan bagi Daerah Sabak Bernam antara 2013 hingga Jun 2017?

    Sepertimana semua sedia maklum, Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan merupakan salah satu daripada usaha Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Kemiskinan yang bertujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi melalui penjanaan/ peningkatan pendapatan bagi golongan masyarakat/ individu yang berpendapatan di bawah RM1,500.00 sebulan atau pendapatan seisi rumah di bawah RM3,000.00 terutamanya melibatkan peniaga-peniaga kecil menerusi pemberian bantuan peralatan/ mesin berdasarkan perusahaan yang sedang dijalankan.

    Berdasarkan rekod, jumlah permohonan yang diterima bagi daerah Sabak Bernam bagi tahun 2013 hingga 2017 (sehingga Jun 2017) adalah sebanyak 382 permohonan. Daripada jumlah tersebut, sejumlah 209 permohonan yang diluluskan serta 173 permohonan ditolak. Selain itu, sejumlah 31 permohonan kini sedang diproses. Ringkasan jumlah permohonan bagi daerah Sabak Bernam mengikut tahun adalah seperti jadual berikut :-

    BIL. TAHUN JUMLAH PERMOHONAN YANG DITERIMA JUMLAH PERMOHONAN YANG LULUS JUMLAH PERMOHONAN YANG DITOLAK/ GAGAL
    1. 2013 & 2014 135 48 87
    2. 2015 54 31 23
    3. 2016 94 67 27
    4. 2017 (dikemaskini sehingga Jun 2017) 99 63 36
    *Sebanyak 31 permohonan sedang diproses
    JUMLAH 382 209 173

    *Nota : Permohonan pada tahun 2013 dan 2014 digabungkan kerana berlaku pertukaran EXCO.

Lampiran

Tiada Lampiran.