Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

32) PROGRAM KAMPUNGKU KESAYANGANKU (PKK)

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status pelaksanaan PKK?

    Program Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) mula dilaksanakan di dua (2) buah daerah iaitu Klang dan Kuala Langat pada tahun 2014. Karnival ini diadakan bertujuan untuk melahirkan penduduk desa yang dapat memperkasakan institusi masjid sebagai pusat pembangunan komuniti, membangun kampung dari sudut fizikal, spiritual dan ekonomi serta dapat mengetengahkan adat Melayu dan warisan kampung. Melalui karnival ini juga diharapkan agar dapat melahirkan keluarga yang harmoni berlandaskan acuan nilai agama dan nilai murni selain memupuk rasa kasih dan sayang kepada kampung halaman.

     

    Pada tahun 2015, program Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) telah dilaksanakan dengan jayanya di enam (6) buah daerah iaitu Sabak Bernam (Mac), Kuala Selangor (Mac), Klang (April), Kuala Langat (Mei), Petaling (September) dan Sepang (Oktober). Manakala sebanyak tiga (3) buah daerah lagi iaitu Gombak, Hulu Langat dan Hulu Selangor masing-masing akan diadakan pada bulan Oktober, November dan Disember. Atas maklum balas positif yang telah diterima daripada penduduk kampung, karnival ini telah direncanakan untuk dijadikan aktiviti tahunan di bawah Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi untuk tahun 2016 dan seterusnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.