Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

124) PROGRAM MES

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagi memastikan program MES yang semakin banyak akan dapat berkekalan dan berterusan apakah perancangan sumber baru pendapatan kerajaan negeri.

    Sejak Pakatan Rakyat  mengambil alih pentadbiran  Kerajaan Negeri Selangor  tahun 2008, agenda yang dihamparkan adalah agenda berteraskan kepedulian kepada rakyat. Agenda ini telah mendasari usaha pembangunan Negeri yang berlandaskan prinsip Al Adl Wal Ehsan iaitu sebuah Kerajaan yang membawa obor keadilan yang menyantuni rakyat seperti yang dipelopori sendiri oleh YAB Dato Menteri Besar.

    Sejak 2008, peruntukan hampir RM300juta setiap tahun telah disedia dan dibelanjakan bagi melaksanakan program seperti Skim Mesra Usia Emas, Hadiah Anak Masuk Universiti, Tabung Anak-Anak Pekerja Ladang, Insentif Perkahwinan, Air Percuma, Dialisis Rakyat, Hijrah.

    Inilah Ekonomi Manusiawi yang Kerajaan Negeri Selangor terus perjuangkan. Program kepedulian kepada rakyat akan terus dijunjung sebagai agenda utama Kerajaan Negeri.

    Kerajaan Negeri yakin bahawa dengan kerjasama semua pihak EXCO, ADUN dan agensi kerajaan, anak syarikat Kerajaan Negeri dan pihak swasta, Kerajaan Negeri akan meningkatkan kreativiti bagi mengutip hasil dan melaksanakan program dan projek yang telah dirancangkan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.