Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

29) PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Dalam usaha Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor melahirkan para atlit yang berkualiti dan berbakat, apakah dasar-dasar digunakan pakai oleh Kerajaan Negeri dalam pembangunan sukan di peringkat daerah khususnya di Pelabuhan Klang?

    Majlis Sukan Negeri Selangor telah merangka pelbagai program bagi melahirkan atlit yang berbakat dan berkualiti antaranya:

    1. Mengujudkan Pusat Sains Sukan dan Kejurulatihan bagi menyediakan perkhidmatan sains sukan dari aspek pemilihan atlit, latihan dan sebagainya.
    2. Mengujudkan Sekolah Pusat Negeri bagi atlit-atlit yang cemerlang untuk digilap dan diberi latihan yang sistematik agar potensinya terus cemerlang.

    Melalui Majlis Sukan Daerah, atlit-atlit di daerah berpeluang mengambil bahagian dalam program-program yang diadakan di daerah-daerah dan atlit yang berpotensi akan disalurkan ke program –program seperti Program Sukan Teras anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia, selain dari Sekolah Pusat Sukan yang diujudkan oleh Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.