PROGRAM PENGURANGAN PELEPASAN GAS KARBON DIOKSIDA (ZERO NET CARBON EMISSIONS)
137) PROGRAM PENGURANGAN PELEPASAN GAS KARBON DIOKSIDA (ZERO NET CARBON EMISSIONS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah polisi yang digariskan oleh Kerajaan Negeri bagi Program Pengurangan Pelepasan Gas Karbon Dioksida (Zero Net Carbon Emissions)?
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, setakat ini Kerajaan Negeri tiada menyediakan polisi khusus bagi Program Pengurangan Pelepasan Gas Karbon Dioksida atau Zero Net Carbon Emissions. Walau bagaimanapun, usaha-usaha bagi menangani pengurangan pelepasan Gas Karbon Dioksida sedang giat dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan melalui pelaksanaan Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon.
