PROGRAM & PROJEK DI BAWAH PLAN INDUK PERTANIAN NEGERI SELANGOR
116) PROGRAM & PROJEK DI BAWAH PLAN INDUK PERTANIAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah program dan projek-projek yang telah dikenal pasti di bawah pelan induk pembangunan pertanian untuk meningkatkan pendapatan petani dalam sektor pertanian di negeri Selangor dalam tahun 2016?
Pelan Induk Pembangunan Pertanian Selangor masih lagi di peringkat kajian oleh Institut Kajian Dasar Pertanian Dan Makanan (IKDPM), Universiti Putra Malaysia dan dijangka akan selesai pada bulan Disember 2016. Walau bagaimanapun, di akhir kajian tersebut Kerajaan Negeri akan memperolehi maklumat-maklumat dan cadangan bagi merangka satu perancangan jangka pendek dan jangka panjang yang khusus untuk membangunkan dan memodenkan sektor pertanian di Negeri Selangor secara holistik.
