Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

78) PROGRAM SKIM KHAS PEMBIAYAAN PEMBELIAN RUMAH

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan jumlah bilangan peneroka bandar yang telah menerima bantuan perumahan di bawah skim Khas Pembiayaan Pembelian Rumah konsep sewa dan milik mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor sehingga kini

    Untuk makluman Yang Berhormat, projek perintis bagi Skim Pembiayaan Perumahan Selangorku (DANA-SEL) hanya melibatkan 2 projek iaitu Rumah Kos Rendah (RKR) Rimba Jaya, Shah Alam di bawah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan RKR Sg. Sering, Ampang di bawah Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Setakat ini, seramai 96 orang peneroka bandar telah dipanggil untuk hadir temuduga Bagi projek RKR Rimba Jaya. Namun, hanya 71 orang sahaja yang hadir dan daripada jumlah tersebut 51 orang didapati layak untuk ditawarkan menyertai skim ini.

    Manakala bagi projek RKR Sg. Sering pula pelaksanaan skim ini terpaksa ditangguhkan sehingga kes saman yang dikemukakan oleh pemaju Triump City Sdn. Bhd. terhadap Kerajaan Negeri selesai. Ini adalah kerana pemaju berkenaan telah bertindak membekukan penjualan unit-unit mereka.

Lampiran

Tiada Lampiran.