PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR
203) PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan di dalam Program Tuisyen Rakyat Selangor pada tahun 2009 dan 2010?
Bermula tahun 2009, Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil langkah proaktif dengan meluluskan peruntukan sebanyak RM 3.45 Juta kepada Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor bagi melaksanakan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS). Program ini mensasarkan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan berasal daripada keluarga berpendapatan kurang RM 1500.00. Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dijalankan di seluruh Negeri Selangor mengikut kawasan (56 DUN) dengan setiap kawasan diberi kuota sebanyak 100 tempat sahaja. Perincian peruntukan bagi melaksanakan program ini seperti berikut:
Jadual 1 : Jumlah peruntukan yang dibelanjakan pada tahun 2009 dan 2010
Nama Program Tahun Jumlah Peruntukan Yang Dibelanjakan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS)
2009 RM 3.45 Juta 2010 RM 3.45 Juta Jumlah keseluruhan RM 6.9 Juta
