PROGRAM WANITA LADANG (WALA)
67) PROGRAM WANITA LADANG (WALA)
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah konsep, matlamat dan perincian program Wanita Ladang ( WALA) ?
Konsep , matlamat dan perincian Program WALA:
Program WALA adalah merupakan satu program pendampingan sosial dan ekonomi khusus untuk wanita-wanita ladang .
Seperti mana yang kita semua maklum , masyarakat ladang yang tinggal atau bekerja di dalam sesebuah syarikat perladangan yang besar kurang mendapat pendedahan berkaitan kegiatan-kegiatan sosial serta aktiviti-aktiviiti luar khusus berkaitan peningkatan ekonomi dan peningkatan taraf hidup.
Mereka hanya mengikuti program atau aktiviti di kawasan penempatan mereka sahaja sekiranya ada . Dalam ertikata lain kurangnya pendedahan maklumat kepada mereka-mereka ini.
Bagi memulakan program ini pihak WALA Selangor menggerakkan pegawai- pegawainya ke ladang-ladang yang dikenal pasti bagi mengumpulkan mereka secara berperingkat-peringkat untuk diberikan mereka ini pendedahan berkaitan kualiti hidup mereka dan jugak keluarga.
Dengan mengamalkan konsep berkongsi dan memahami situasi dan juga masalah rutin yang mereka hadapi. Seperti :
- Masalah keluarga , kewangan , kesihatan , pendidikan , sosial dan lain-lain.
Pendekatan ini adalah bagi memberi mereka ruang dan peluang meluahkan perasaan dan isihati berkaitan keadaan mereka selama menjadi masyarakat ladang.
Melalui daripada perkongsian masalah dan pandangan diantara WALA Selangor dan wanita-wanita ladang ini maka bentuk-bentuk latihan dan bengkel latihan asas disediakan khusus untuk mereka , seperti :
- Latihan motivasi diri
- Bengkel asas pengurusan kewangan
- Bengkel masakan roti dan kek
- Kraftangan ( membuat bakul dan bunga )
- Barang hiasan wanita berasaska manik dan lain-lain
Wanita-wanita ladang ini dikumpul dan diklasifikasikan mengikut kesesuaian dan keperluan aktiviti atau program supaya mereka dapat dibimbing dan didedahkan dengan pengalaman baru disamping dapat memulakan usaha bagi menjana pendapatan tambahan.
Matlamat Program WALA Selangor ini adalah untuk memberdayakan komuniti wanita ladang melalui pembangunan ekonomi dan sosial dengan menyediakan latihan kemahiran dan pembangunan diri secara berjadual dan berterusan.
