PROGRAM YAYASAN SELANGOR

111) PROGRAM YAYASAN SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah keberkesanan program penajaan pendidikan di bawah Yayasan Selangor?

    Program penajaan pendidikan Yayasan Selangor telah membantu meningkatkan  prestasi akademik pelajar. Ia diterjemah dengan pencapaian cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Walaupun saban tahun, format peperiksaan awam (SPM) berubah mengikut keperluan semasa, pelajar tajaan Yayasan Selangor berjaya  memperoleh keputusan yang baik dan meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

    Tahun Pencapaian 5A ke atas Pencapaian 4A Pencapaian 4A ke

    atas

    2013 64.3 % 15.4 % 79.7 %
    2014 68.0 % 15.9 % 83.9 %
    2015 56.3 % 17.0 % 73.3 %
    2016 46.4 % 15.5 % 61.9 %

     

Lampiran

Tiada Lampiran.