PROJEK HORAS

179) PROJEK HORAS

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah projek ini berjalan mengikut jadual asal dan akan berakhir mengikut jadual?

    a) dan b)

    Bagi kerja-kerja pengorekan kolam yang dilaksanakan oleh KSSB, setakat 30 September 2017, kerja-kerja di tapak telah mencapai 85%. Kerja-kerja pengorekan ini dijadualkan siap sepenuhnya pada akhir Disember 2017. Manakala kerja-kerja membina cerun kolam pula, ia dijadualkan siap pada 15 Ogos 2018. Kerja-kerja ini adalah bergantung sepenuhnya kepada kerja-kerja yang disiapkan oleh KSSB. Kemajuan kerja di tapak setakat 30 September 2017 adalah sebanyak 56%. Sementara itu, bagi kerja-kerja pembinaan rumah pam pula, tapak baru diserahkan kepada kontraktor pada 14 Ogos 2017 dan kerja-kerja dijadualkan siap pada 13 Disember 2018. Secara keseluruhannya projek HORAS akan siap sepenuhnya mengikut tarikh siap kontrak pembinaan rumah pam iaitu pada 13 Disember 2018.

Lampiran

Tiada Lampiran.