PROJEK LANDASAN KERETAPI PANTAI TIMUR (ECRL)

158) PROJEK LANDASAN KERETAPI PANTAI TIMUR (ECRL)

Tahun:

Sesi:

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apa perkembangan terkini sejak lawatan Perdana Menteri ke Negara China berkenaan projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL)?

    Lawatan Perdana Menteri ke Negara China pada bulan Ogos 2018 adalah bagi memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua negara. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) dan susulan daripada lawatan tersebut, Kerajaan Persekutuan akan mengkaji kaedah lain yang tidak membebankan kewangan negara kerana kos keseluruhan sebenar projek ini dijangka mencecah RM81 bilion termasuk kos pengambilan tanah dan faedah pinjaman semasa pinjaman projek. Sebagai langkah Kerajaan Pusat untuk menguruskan hutang dan liabiliti Kerajaan pada ketika ini, kerja-kerja pembinaan projek ECRL digantung pelaksanaannya sepertimana yang dibentangkan di dalam ucapan belanjawan 2019 pada 2 November 2018 lalu.

    Untuk makluman Yang Berhormat juga, bagi tahun ini tiada sebarang perbincangan yang melibatkan Kerajaan Negeri Selangor berhubung projek ECRL ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.