PROJEK LANGAT 2
142) PROJEK LANGAT 2
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah persiapan kerajaan negeri untuk memastikan projek berkenaan terus berjalan lancar?
Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) telah mengeluarkan Kebenaran Merancang bagi pelaksanaan Projek Langat 2. Bagi kelulusan-kelulusan lain yang diperlukan untuk pelaksanaan Projek Langat 2, Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan setelah semua isu berbangkit dengan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Negeri Selangor diselesaikan oleh Kerajaan Persekutuan. Ini adalah kerana pendirian Kerajaan Negeri Selangor mengenai pelaksanaan Projek Langat 2 masih kekal seperti dahulu di mana Projek LRA 2 ini hanya boleh dilaksanakan bersekali dengan memuktamadkan segera penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor berdasarkan kepada Model Holistik.
