PROJEK LANGAT 2

201) PROJEK LANGAT 2

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini projek?

    Kerajaan Negeri Selangor masih kekal berpendirian bahawa penyelesaian isu Skim LRA 2 perlu dilihat bersekali dengan memuktamadkan segera penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor berdasarkan kepada Model Holistik yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mencapai kadar tarif yang munasabah. Persetujuan dan kelulusan arahan pembangunan akan dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan bagi Projek Langat 2 setelah penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor di bawah Model Holistik dimuktamadkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.