PROJEK MITIGASI MENINGKATKAN PENGELUARAN AIR (2012 Ð 2015)

211) PROJEK MITIGASI MENINGKATKAN PENGELUARAN AIR (2012 Ð 2015)

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah komponen-komponen utama projek mitigasi yang dilaporkan akan menelan kos RM591 juta?

    Unjuran yang dikemukakan oleh Kerajaan Persekutuan bahawa sumber bekalan air di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya sedia ada akan berada pada tahap kritikal dan dijangkakan akan berlaku kekurangan air pada tahun 2017. Kebanyakan loji dan rumah pam sekarang berada di tahap pengeluaran yang maksimum malah terdapat loji dan rumah pam yang beroperasi dalam keadaan overload (melebihi beban reka bentuk).  Keadaan kekurangan bekalan air ini akan diburukkan lagi jika berlaku kejadian-kejadian seperti berikut:-

    1. Penutupan loji disebabkan oleh pencemaran sumber air, gangguan bekalan elektrik kerosakan peralatan loji, penyelenggaraan berjadual loji,
    2. Musim kemarau luar biasa yang boleh menjejaskan pengeluaran air dan meningkatkan permintaan air, atau
    3. Kerosakan paip induk yang disebabkan oleh pihak ketiga.

    Justeru itu, Jemaah Menteri pada 18 Jun 2010 telah meluluskan Program Mitigasi 1 bagi mengatasi masalah kekurangan air.  Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) telah menggunakan kaedah pelaksanaan RMK 10 berdasarkan kepada tempoh 2 tahun rolling plan.  Berdasarkan kepada kaedah 2 tahun rolling plan tersebut, pihak UPE, JPM telah memperakukan dan bersetuju meluluskan tiga (3) projek untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke sepuluh (RMK 10). Senarai dan deskripsi projek serta siling yang diluluskan adalah seperti berikut:-

    Bil Nama Projek Agensi Pelaksana Kos Projek (RM/juta)
    1 Menaik taraf Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP 1) Kerajaan Negeri Selangor 90
    2 Program penggantian paip air lama serta paip perhubungan kritikal bagi

    mengurangkan NRW

    SYABAS 175
    3 Pembinaan sitem paip dari Bernam River Head ke kawasan Kuala Selangor dan Bernam SYABAS 15
      Jumlah 280

    Projek Mitigasi 1 ini sedang dilaksanakan dan dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2013.

    Berdasarkan kepada unjuran permintaan dan pembekalan air yang dibuat oleh SPAN, didapati bahawa keadaan bekalan air masih belum mencukupi.  Justeru itu, Majlis Mesyuarat Ekonomi Bil 2/2012 yang bersidang pada 16 Januari 2012 telah bersetuju secara dasarnya untuk meluluskan cadangan Projek Mitigasi Fasa 2 Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Air Di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Putrajaya.  Projek-projek yang telah diluluskan untuk  dilaksanakan adalah seperti berikut:-

    Bil Nama Projek Agensi Pelaksana Kos Projek (RM/juta)
    1 Pengagihan Semula Kapasiti Naik Taraf Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 Kerajaan Negeri Sealngor 67
    2 Pengagihan Semula Kapasiti Reka bentuk  Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 Kerajaan Negeri Selangor 81
    3 Pemindahan Pukal  Rasa Kerajaan Negeri Selangor 74
    4 Projek Penggantian Aset bagi Operasi Melebihi Kapasiti di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih Kerajaan Negeri Selangor 30
    5 Program penggantian paip air lama serta paip perhubungan kritikal bagi

    mengurangkan NRW

    SYABAS 75.5
      Jumlah   327.5

    Projek Mitigasi 2 ini masih menunggu kelulusan pinjaman dari Kementerian Kewangan dan dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2015.

Lampiran

Tiada Lampiran.