Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

74) PROJEK NURSERI PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Suatu perjanjian usaha sama Projek Nurseri dan Perlanskapan (Projek 2006) telah ditandatangani antara PKPS dan peniaga nurseri di sepanjang jalan Subang ke Sg. Buloh tanah simpanan Jabatan Bekalan Air Selangor telah memperoleh Lesen Menduduki Sementara ke atas tanah tersebut dari Ogos 2005 hingga Julai 2008.Wang sewaan sebanyak RM800 dikenakan oleh PKPS daripada Pengusaha lot Nurseri. Pada bulan November 2008 pihak pengusaha telah menerima surat daripada PKPS bahawa mulai Januari 2009 pengurusan 'Selangor Greenland' akan diambil alih oleh PKPS Landscaping Services Sdn Bhd. Apakah perancangan jangka panjang Kerajaan Negeri terhadap para pengusaha Nurseri di kawasan ini ?

    Pada masa ini PKPS tiada sebarang perancangan jangka panjang terhadap para pengusaha Nurseri di kawasan “Selangor Greenlane”.

    Mulai Disember 2008, tanah tapak Projek Nurseri dan Perlanskapan tersebut telah tamat Lesen Tumpangan Sementaranya (T.O.L).  Permohonan pembaharuan T.O.L kepada Pejabat Tanah Petaling telah diuruskan oleh anak syarikat PKPS iaitu PKPS Landscaping Services Sdn. Bhd.(PLSSB), tetapi belum ada sebarang jawapan.  (Sila rujuk lampiran bagi maklumat tambahan)

     

Lampiran

Tiada Lampiran.