Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

13) PROJEK PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kerajaan Negeri mempunyai perancangan bagi membina Kompleks Belia dan Sukan dan juga Stadium Hoki di kawasan Zon Selatan Selangor?

    Kerajaan Negeri pada masa ini tiada perancangan bagi membina Kompleks Belia dan Sukan atau Stadium Hoki di kawasan Zon Selatan Selangor. Ini adalah disebabkan oleh sebab terdapatnya kemudahan lain sedia ada yang boleh digunakan berhampiran atau di dalam kawasan Selatan Selangor. Walau bagaimanapun, pihak Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) akan meneliti secara menyeluruh atas keperluan kemudahan yang diperlukan pada masa akan datang.

    Pada masa ini, Selangor telah mempunyai dua (2) buah Stadium Hoki iaitu di Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) yang boleh digunakan. Kedua stadium ini diselenggara sepenuhnya oleh Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan. Pembinaan Stadium Hoki di kawasan Selatan Selangor pada masa ini masih belum diputuskan memandangkan tiada cadangan atau usul dari pihak Majlis Perbandaran Sepang berkaitan pembinaan Stadium Hoki.

Lampiran

Tiada Lampiran.