PROJEK PEMBENTUNGAN DALAM DUN HULU KELANG

108) PROJEK PEMBENTUNGAN DALAM DUN HULU KELANG

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Projek ini bermula dengan Pakej D44 Lembah Keramat Zon 3 pada 2016. Adakah pakej ini telah siap sepenuhnya?

    Pakej D44 yang bermula dengan Lembah Keramat Zon 3 pada tahun 2016 belum disiapkan sepenuhnya. Pakej ini telah tergendala kerana Zon 3 merupakan kawasan pertindihan kerja-kerja pakej D44 dengan projek Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) di mana kontraktor utama JPP telah lewat menyiapkan projek mereka dalam tempoh kontrak mereka. Sehingga kini, kontrator utama Pakej D44 masih tidak dapat memasuki kawasan tersebut untuk menyiapkan kerja-kerja Pakej D44. Pakej D44 ini dijangka akan disiapkan sepenuhnya pada 31 Disember 2020.

Lampiran

Tiada Lampiran.