Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

55) PROJEK PENCAHAYAAN KAMPUNG TRADISI

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status projek pencahayaan di kampung tradisi Negeri Selangor?

    Penyaluran peruntukan dari Seksyen Agihan dan Pembangunan yang disalurkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah untuk lampu jalan adalah RM 342,528.50 dari tahun 2015 hingga 2019. Penyaluran peruntukan adalah berdasarkan permohonan dari Pejabat Daerah dan Tanah. Maklumat yang dikemukakan adalah untuk keseluruhan permohonan lampu jalan termasuk permohonan daripada Kampung Tradisi. Senarai jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah bagi tujuan menyelenggara dan membaikpulih lampu jalan di jalan luar bandar bagi tahun 2015 hingga 2019 adalah seperti berikut:

    Bil Agensi Tahun Peroleh Peruntukan Jumlah Peruntukan (RM)
    1.

     

    PDT Petaling
    2. PDT Klang
    3. PDT Gombak 2017 41,287.00
    4. PDT Hulu Langat
    5. PDT Kuala Selangor 2018 301,241.50
    6. PDT Kuala Langat
    7. PDT Hulu Selangor
    8. PDT Sepang
    9. PDT Sabak Bernam
    Jumlah 342,528.50

     

Lampiran

Tiada Lampiran.