PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI TAMAN SUNGAI YU INDAH,KAMPUNG SUNGAI YU, TANJONG KARANG
163) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI TAMAN SUNGAI YU INDAH,KAMPUNG SUNGAI YU, TANJONG KARANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri akan meneruskan kerja-kerja penyiapan unit rumah berkenaan?
Untuk makluman Yang Berhormat, Tetuan Serambi Padu Sdn. Bhd. dengan kerjasama Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) bertanggungjawab dalam usaha membaik pulih projek perumahan terbengkalai Taman Sungai Yu Indah, Kampung Sungai Yu, Tanjong Karang. Ketika ini pihak pemaju sedang dalam usaha mendapatkan kelulusan pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) bagi pembinaan sistem bekalan air di kawasan tersebut.
