Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
114) PROJEK RIVER OF LIFE
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status projek River of Life yang melibatkan kawasan dalam Negeri Selangor? Adakah Kerajaan berhasrat menyambung semula apa-apa projek ini khususnya yang melibatkan sungai dalam kawasan Hulu Kelang?
Projek River Of Life melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur namun daerah yang bersempadan seperti Daerah Gombak dan Hulu Langat menerima limpahan pelaksanaan projek tersebut. Adalah menjadi hasrat jabatan untuk memastikan perlaksanan River Of Life ini dilanjutkan ke atas semua sungai-sungai khususnya di kawasan Hulu Kelang.