PROJEK TEBATAN BANJIR DI TELOK GADONG, KLANG

47) PROJEK TEBATAN BANJIR DI TELOK GADONG, KLANG

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri sedar bahawa kerja-kerja tebatan banjir di Telok Gadong, Klang (Fasa 1) yang dilaksanakan oleh JPS masih belum bermula lagi walaupun papan tanda didirikan mengatakan projek tersebut bermula pada 7 Mac 2017? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah melantik kontraktor Pembinan Jati Diri Sdn Bhd secara tender terbuka untuk melaksanakan Projek Tebatan Banjir di Telok Gadong Daerah Klang.

    Mula kerja                                 :  7 Mac 2017

    Tarikh siap kerja                      : 4 September 2018

    Tempoh projek                         : 18 bulan.

    Kemajuan fizikal sebenar     : 10%

    Kemajuan fizikal Jadual        :11%

    Kelewatan                                : 1% .

    Segala isu berkaitan kemajuan fzikal projek di tapak dipantau oleh Jabatan melalui mesyuarat tapak yang dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor

Lampiran

Tiada Lampiran.