Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

44) PROJEK TERBENGKALAI – UNTUK 278 KELUARGA OLEH ECL MANAGEMENT SDN BHD

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan untuk mempercepatkan projek Lot HS(D) 110193 PT No. 35194 Jalan U5/138 Shah Alam?

    Projek terbengkalai yang dimaksudkan merujuk kepada cadangan Rumah Kos Rendah 2 blok 299 unit yang telah didirikan di atas tapak berkeluasan 4.34 ekar di bawah pemaju Tetuan ECL Manangement Sdn. Bhd. (Pemaju Penyelamat) dahulunya di bawah pemaju asal Tetuan Unique Cretion Sdn. Bhd.

    Pembangunan ini pada asalnya diluluskan sebagai Rumah Kos Rendah 6 blok 840 unit dengan berkeluasan 12.53 ekar pada 30hb. Januari, 1999 dan projek ini terhenti pada tahun 2001.

    Bagi memulihkan projek terbengkalai ini, Tetuan ECL Management Sdn. Bhd. telah membeli projek ini bersama hakmilik tanah tersebut daripada Tetuan Unique Creation Sdn. Bhd. dan kerja-kerja pemulihan di tapak telah mula dilaksanakan pada November 2010.

    Melalui pemaju Tetuan ECL Management Sdn. Bhd. pembangunan ini telah melalui 2 fasa pindaan kelulusan iaitu pada kali pertama pada 8 April 2013 iaitu dari kelulusan asal 6 blok 840 unit berkeluasan 12.53 ekar kepada 3 blok 466 unit berkeluasan 6.52 ekar. Dalam syarat kelulusan ini pihak pemaju perlu mengemukakan permohonan pecah sempadan yang melibatkan hakmilik asal berkeluasan 12.53 ekar kepada 6.52 ekar.

    Sehingga kini pihak pemaju masih belum menyelesaikan hal tanah di Pejabat Daerah dan Tanah Petaling bagi tujuan pecah sempadan.

    Pada 3 Oktober 2019 pihak pemaju Tetuan ECL Management Sdn. Bhd. sekali lagi telah mengemukakan pindaan Kebenaran Merancang Pendirian Bangunan dari 3 blok 466 unit berkeluasan 6.52 ekar kepada 2 blok 299 unit berkeluasan 4.34 ekar walaupun status hakmilik tanah masih belum diselesaikan pecah sempadan dari keluasan 12.53 ekar kepada keluasan terkini iaitu 4.34 ekar.

    Walau bagaimanapun pihak MBSA mengambil inisiatif bagi mempercepatkan proses kelulusan projek terbengkalai ini dengan menerima permohonan pindaan Kebenaran Merancang Pendirian Bangunan pada 3 Oktober 2019 bagi tujuan menyegerakan proses kelulusan yang akan dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat, MBSA pada 29 Oktober 2019.

    PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING

     

    1. a) Tetuan ECL Management Sdn. Bhd pada 23 Julai 2019 telah mengemukakan permohonan untuk penyerahan balik dan pemberimililikan semula di bawah Seksyen 204B Kanun Tanah Negara bagi tujuan pembinaan bangunan kediaman untuk Rumah Harga Bebas, Rumah Selangorku dan Pangsapuri Kos Rendah.

    Permohonan sedang diproses dan Kertas Ringkasan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) akan diangkat ke Pejabat Tanah dan Galian Selangor pada awal November 2019.

Lampiran

Tiada Lampiran.