Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

66) PROJEK THE BOSS SERVICE SUITES TERBENGKALAI SEJAK TAHUN 2015

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terkini tentang projek terbengkalai tersebut?

    Projek ini adalah berupa Cadangan Pembangunan:-

    • 1 blok suite servis 28 tingkat (mengandungi 4 tingkat podium perniagaan dan 24 tingkat 377 unit suite servis) dengan 2 tingkat tempat letak kereta bawah tanah.
    • 4 tingkat tempat letak kereta dan 2 tingkat bawah tanah.

    Di atas Lot 116 dan Lot 117 (Lot Asal 64 GM 5524), Jalan Batu Tiga Lama, Klang Utara, Klang Bandar

    Pemaju Asal : Tetuan Hotwer Development Sdn Bhd

    Perunding Arkitek : Tetuan Akipanel Architects Sdn Bhd

    Perunding Jurutera: Tetuan Universal Consult

    Likuidator : KPMG Transaction & Restructuring Sdn Bhd

    Komponen pembangunan ini merupakan pembangunan bercampur yang mengandungi ruang perniagaan dan 377 unit servis apartment di atas tanah komersial.

    Fail asal bagi pembangunan ini telah dimajukan pada 2010 dan telah lulus sepenuhnya pada 2011 dan telah memulakan kerja pembinaan pada 09/06/2011 melalui Borang B yang dikemukakan oleh perunding Arkitek. Fail pindaan pula telah dikemukakan pada 08/05/2012 dan telah diluluskan sepenuhnya pada 05/04/2013.

    Kerja pembinaan telah diteruskan sehingga pada Ogos 2014, perunding memaklumkan bahawa pemaju projek ini telah berpindah ke luar negara dan meninggalkan projek ini. Perunding juga telah mengesahkan tiada sebarang kerja pembinaan di tapak.

Lampiran

Tiada Lampiran.