Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

105) PUSAT JAGAAN KEBAJIKAN

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan perancangan kerajaan untuk menyelesaikan permasalahan kejiranan yang tertimbul apabila sesebuah pusat jagaan beroperasi di kawasan perumahan.

    JKM merupakan agensi yang diberi tanggungjawab untuk mendaftarkan penubuhan TASKA. Syarat-syarat bagi penubuhan sesebuah TASKA adalah seperti berikut:

    1. Premis TASKA didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS);

     

    1. Premis mendapat    sokongan/    kelulusan   daripada    agensi-agensi teknikal iaitu :-
      1. Pihak berkuasa Tempatan;
      2. Jabatan BOMBA dan Penyelamat; dan
    • Jabatan

     

    1. Memenuhi standard minimum JKM. Standard Minimum JKM ialah
      1. Nisbah pengasuh dengan kanak-kanak mencukupi
        • Di bawah 1 tahun = 1:3
        • 1 hingga 3 tahun   = 1:5
        • 3 hingga 4 tahun = 1 :10
      2. Pengasuh merupakan warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas
    • Pengusaha telah hadir kursus Asuhan dan didikan kanak-kanak Permata (KAP)
    1. Mematuhi nisbah kanak-kanak dengan ruang lantai iaitu 3.5 meter persegi bagi kanak-kanak
    2. Menyediakan dan mempamerkan jadual menu makanan seimbang dan jadual aktiviti harian mengikut peringkat umur kanak-kanak

     

    • TASKA mempunyai kemudahan peralatan dan perabot sesuai, selamat dan mencukupi bagi keperluan kanak-kanak
    • Menyediakan dan menyelenggarakan rekod-rekod di TASKA
    • Menjaga kebersihan dan keselamatan di dalam dan di luar TASKA

     

    Bagi keperluan sokongan dan kelulusan agensi teknikal, pihak yang bertanggungjawab adalah antaranya pihak berkuasa tempatan samada Majlis Daerah atau Perbandaran atau Bandaraya, Jabatan BOMBA dan penyelamat dan Jabatan Kesihatan. Antara perkara yang diperlukan bagi Pihak berkuasa Tempatan meluluskan atau menyokong permohonan pendaftaran TASKA ialah seperti berikut :

     

    setiap premis yang berada di sesebuah kawasan perumahan perlu menukar status kegunaan premis tersebut daripada status kediaman ke status

    premis tersebut memerlukan keizinan jiran-jiran bagi membolehkan premis tersebut dapat beroperasi seperti yang dipohon.

Lampiran

Tiada Lampiran.