PUSAT KEBUDAYAAN
151) PUSAT KEBUDAYAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sudahkah pihak Kerajaan Negeri Selangor mengenal pasti lokasi sebenar Pusat Kebudayaan Cina Selangor dan bilakah kerja-kerja pembinaan akan dimulakan serta tarikh dijangka siap?
Pihak Kerajaan Negeri masih dalam proses mengenalpasti lokasi yang bersesuaian dan dalam perbincangan terperinci untuk membina Pusat Kebudayaan Cina dan India. Kerjakerja pembinaan akan dimulakan sebaik sahaja persetujuan dan penilaian projek diperolehi dan diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN).
