PUSAT KESIHATAN

121) PUSAT KESIHATAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Peningkatan jumlah penduduk di kawasan Ampang telah menyebabkan ketidakselesaan pengguna Klinik Kesihatan sedia ada walau pun waktu operasi berterusan sehingga jam 10:00 malam. Di samping itu juga kemudahan atau jenis rawatan yang disediakan juga amat terhad. Nyatakan statistik rawatan yang dijalankan serta bilangan pelanggan yang mengunjungi klinik Ampang tersebut sepanjang 2009

    1. Bagi tahun 2009, jumlah kedatangan pelanggan ke Klinik Kesihatan Ampang adalah seramai 160,270 kedatangan. Statistik kedatangan atan beban kerja Klinik Kesihatan Ampang mengikut kategori perkhidmatan yang disediakan adalah seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah.

     

    Statistik Kedatangan Pelanggan ke KK Ampang Mengikut Kategori Perkhidmatan/ Aktiviti yang diberikan bagi tahun 2009 dan bagi tempoh Jan – Sept  2010.

     

    Bil Aktiviti Tahun 2009 Jan – Sept 2010
    1 Kedatangan kanak-kanak 0-1 thn 18,418 15,866
    2 Kedatangan kanak-kanak 1-4 thn 10,388 7,250
    3 Kedatangan kanak-kanak 5-6 thn 817 987
    4 Kedatangan ibu mengandung 22,022 17,298
    5 Kedatangan Postnatal 1,727 1,830
    6 Kedatangan Perancang Keluarga 1,239 1,331
    7 Kedatangan Pap Smear 339 335
    8 Kedatangan Pesakit Luar 92,602 86,761
    9 Kedatangan Pesakit Diabetes 12,718 8,632
      JUMLAH KEDATANGAN 160,270 140,290

Lampiran

Tiada Lampiran.