PUSAT KOMUNITI WANITA SELANGOR
174) PUSAT KOMUNITI WANITA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah Pusat Komuniti Wanita Selangor yang telah ditubuhkan? Sila senaraikan lokasi-lokasi pusat tersebut?
- Dalam merealisasikan pemberdayaan wanita Selangor, kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita telah merancang mewujudkan Pusat Komuniti Wanita (PKW) di setiap DUN. PKW DUN ini ditubuhkan sebagai satu platform untuk meningkatkan jati diri, ilmu kemahiran, hak dan tanggungjawab serta memberikan pendidikan dari setiap segi. Pusat Komuniti Wanita DUN ini juga disasarkan menjadi satu wadah untuk mencambahkan segala idea-idea dan memperkembangkan setiap ruang yang ada untuk dikongsikan sesama wanita di DUN tersebut. PKW DUN ini juga boleh menjadi satu simbol dan lambang keberdayaan wanita yang berwawasan, dinamik dan mempunyai jati diri yang tinggi. Aktiviti yang dilakukan di PKW DUN ini meliputi segenap aspek ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tidak terbatas, di mana ia juga boleh menjadi sumber penjanaan kewangan kepada golongan sasaran yang
