Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

31) RANCANGAN KERAJAAN UNTUK MENAMBAHBAIK KUALITI UNISEL

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan untuk menambahbaik kualiti di UNISEL?

    Rancangan Kerajaan Negeri untuk menambahbaik kualiti di UNISEL adalah seperti berikut :

    1. Pemberian dana oleh Kerajaan Negeri Selangor – melalui peruntukan tambahan untuk membaiki prasarana asas seperti pemasangan penghawa dingin baru di kelas-kelas dan pejabat-pejabat pentadbiran dan fakulti; kadar kelajuan internet di kampus dipertingkatkan ; pemasangan 500 unit AP atau wifi access point di setiap bangunan di kampus Bestari Jaya bagi memastikan capaian internet lebih meluas ; bagi memastikan fasiliti pembelajaran dan pengajaran yang lebih moden, canggih dan terkini, 200 unit Virtual Desktop infrastructure (VDI) dipasang untuk kedua-dua kampus ; pembelian sistem pengurusan Universiti yang baru untuk memastikan pentadbiran serta pengurusan digital lebih efisyen dan kaedah pengajaran yang
    2. Proses Rasionalisasi fakulti dari lapan kepada empat sahaja – bagi memantapkan fakulti dan proses ini akan memperlihatkan pemantapan program-program sedia ada dan memperkenalkan program-program baru berdasarkan keperluan pasaran pekerjaan;
    3. Menaik taraf Asrama MAIS di kampus Shah Alam;
    4. Memperkenalkan Skim Dermasiswa iaitu pendidikan dengan yuran percuma untuk Tahun Asas Pengurusan; Teknologi Maklumat; Sains dan Pendidikan (TESL);
    5. Peruntukan Dana Pengantarabangsaan kepada pelajar UNISEL berjumlah RM250

Lampiran

Tiada Lampiran.