Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

146) RANCANGAN PERTANIAN HULU LANGAT

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan untuk membangunkan pertanian di Daerah Hulu Langat?

    Jabatan Pertanian negeri Selangor telah merancang pembangunan pertanian melalui skop sedia-ada dengan memperkasa semula program dan aktiviti dengan:-

    1. Pembangunan dusun buah-buahan

    Daerah Hulu Langat mempunyai dusun-dusun lama dan mempunyai potensi dimajukan dengan penanaman pelbagai varieti durian seperti Musang King (D197),Bukit Merah (D24), Hajah Asmah (D168) ,Tanaman nangka Tekam Yellow (J33) dan lain-lain tanaman dengan klon atau varieti yang bernilai tinggi serta memenuhi permintaan pasaran. Projek dibangunkan melalui pendekatan secara berkelompok ataupun secara komersil. Permohonan insentif atau bantuan  meningkat pada setiap tahun bagi memajukan projek tanaman dusun buah-buahan sama  ada projek baru ataupun dusun lama. Seluas 188.3 hektar kawasan dusun telah diberi bantuan oleh Jabatan Pertanian.

    1. Pembangunan Tanah terbiar

    Program ini terbuka kepada pemohon untuk menyertai projek pembangunan tanah terbuka dengan syarat kelayakan tanah minima seluas 2 ha untuk menjalankan pelbagai  projek tanaman makanan seperti tanaman sayur-sayuran, buah-buahan, herba, tanaman kontan dan lain-lain. Seluas 45 hektar kawasan tanah terbiar telah dibangunkan di daerah Hulu Langat.

    1. Pembangunan Projek Fertigasi

    Pembangunan projek fertigasi rock melon, cili, timun dan pelbagai tanaman dapat menarik minat usahawan muda menceburi bidang pertanian. Permintaan rock melon dan cili dipasaran serta penggunaan teknologi terkini berupaya menarik golongan muda menceburi bidang ini secara meluas dan pengunaan tanah yang maksima. Bagi tujuan ini, pembangunan projek fertigasi di Hulu Langat telah mencapai keluasan 23 hektar.

    1. Pembangunan tanaman bunga-bungaan dan hiasan

    Pembangunan industri hiasan dan bunga-bungaan berpotensi dimajukan berdasarkan permintaan pasaran. Kemujudan taman perumahan dan pembangunan lain meningkatkan peluang-peluang perniagaan kepada usahawan yang mengeluarkan tanaman hiasan atau landskap. Sebanyak 13 peserta industri bunga-bungaan dan tanaman hiasan telah dibangunkan.

    1. Pembangunan industri cendawan

    Peningkatan permintaan pasaran cendawan mewujudkan peluang dalam mengusahakan cendawan secara komersil. Pelbagai jenis penghasilan cendawan diusahakan oleh pengusaha dengan menggunapakai teknologi moden serta penghasilan yang tinggi beserta potensi pasaran yang ada. Pengunaan bangunan atau tanah yang minima mampu menjana pendapatan usahawan dalam bidang ini.

    1. Pembangunan TKPM

    Terdapat 2 Taman Kekal Pengeluaran Makanan Hulu Langat iaitu TKPM Semenyih dan TKPM Batang Si. TKPM Semenyih berkeluasan 38 ha terdiri daripada 8 peserta manakala TKPM Batang Si berkeluasan 58 ha diusahakan oleh 13 peserta . Tanaman utama nangka, belimbing dan cendawan diusahakan disamping tanaman lain iaitu sayur-sayuran dan tanaman kontan.

    1. Ladang organik

    Terdapat 3 buah lading organik dibangunkan di daerah Hulu Langat. Jabatan Pertanian sentiasa berusaha meningkatkan penglibatan petani dalam ladang organik bagi menjamin kualiti produk, mengurangkan penggunaan bahan kimia merbahaya dan meningkatkan pendapatan petani

Lampiran

Tiada Lampiran.