RAYUAN TERHADAP PENGURANGAN PREMIUM TANAH
47) RAYUAN TERHADAP PENGURANGAN PREMIUM TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah dasar kerajaan terhadap permohonan pengurangan premium tanah khususnya terhadap penukaran syarat nyata tanah daripada tanah pertanian kepada tanah perdagangan, perindustrian atau perumahan?
Berdasarkan Pekeliling PTGS Bilangan 2/2012 telah menetapkan bahawa rayuan pengurangan premium tanah untuk permohonan pemberimilikan atau pengurangan premium tambahan untuk permohonan tukar syarat tanah adalah tidak dibenarkan. Pentadbir Tanah pula diberi kuasa untuk menolak secara penolakan ringkas atau ‘summary rejection’ ke atas permohonan rayuan tersebut.
