REMAJA DAN SUKAN DI SELANGOR

88) REMAJA DAN SUKAN DI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan untuk meningkatkan prestasi remaja dan sukan di Selangor?

    Majlis Sukan Negeri Selangor telah merancang pelbagai program untuk meningkatkan prestasi remaja dan sukan di negeri Selangor termasuk program untuk jangka masa panjang sukan prestasi tinggi yang melibatkan peringkat tunas (akar umbi) hingga ke peringkat elit.

    Antara program yang telah dirancang dan dijalankan adalah seperti berikut :

    1. Latihan sukan berterusan ;
    2. Menyertai kejohanan yang sesuai untuk tujuan pendedahan serta menilai tahap prestasi dan pencapaian ;
    3. Mengadakan bengkel-bengkel pembangunan dan kejurulatihan kepada atlet dan jurulatih (development programme) ; dan
    4. Menyertai kursus-kursus yang bersesuaian serta berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.