REZAB PERBENDAHARAAN NEGERI SELANGOR
50) REZAB PERBENDAHARAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lee Chin Cheh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah pertambahan rezab perbendaharaan Negeri Selangor dalam tahun 2012?
Kumpulan Wang Disatukan terdiri daripada Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan. Secara keseluruhannya, baki Kumpulan Wang Disatukan pada tahun 2012 adalah meningkat sebanyak 34.74% iaitu daripada RM1,944.00 juta pada tahun 2011 kepada RM2,619.44 juta pada tahun 2012.
