RUMAH GENERASI KEDUA FELDA SG TENGI SELATAN

208) RUMAH GENERASI KEDUA FELDA SG TENGI SELATAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan secara terperinci berapa peratus pembinaan rumah tersebut dan bila tarikh untuk penyerahan kunci kepada pemilik?

    Peratus pembinaan kini adalah 85%. Beberapa kerja kemasan bangunan dan kerja infrastruktur seperti kerja jalan, rektikulasi air dan tangki air ditangguhkan kerana kelulusan bekalan air masih belum dapat diluluskan oleh SYABAS. Kelewatan adalah disebabkan menangguhan projek menaikkan taraf Loji Rawatan Air Sungai Tengi oleh FELDA yang mana sepatutnya dilaksanakan pada 2018.

    Tarikh penyerahan kunci dijangka pada Jun 2020 ( jika bekalan air interim dibenarkan oleh SYABAS) atau Ogos 2021 ( jika bekalan air kekal diperolehi dengan penyiapan kerja  Menaiktaraf Loji Rawatan Air Sungai Tengi yang dilaksanakan oleh pihak FELDA).

     

Lampiran

Tiada Lampiran.