RUMAH KEBAJIKAN
85) RUMAH KEBAJIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rancangan Kerajaan dalam mewujudkan pangkalan data rumah-rumah kebajikan yang dikendalikan NGO/swasta?
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, semua rumah-rumah kebajikan yang dikendalikan oleh NGO / swasta yang menyediakan perkhidmatan jagaan bagi tujuan perlindungan, pengawasan, pemulihan dan latihan kepada penghuni sama ada secara harian atau berkediaman perlu didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sepertimana peruntukan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506].
Jabatan Kebajikan Masyarakat telah pun mempunyai pangkalan data pusat jagaan yang berdaftar di bawah Jabatan termasuk rumah-rumah kebajikan.
Senarai pusat-pusat jagaan berdaftar ini boleh disemak menerusi laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat di alamat www.jkm.gov.my.
Sehingga Jun 2017, sebanyak 457 buah pusat jagaan di Negeri Selangor telah berdaftar dengan JKM dan senarai ini boleh disemak menerusi laman web seperti dinyatakan.
(Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor)
