RUMAH KERAJAAN PRIHATIN
78) RUMAH KERAJAAN PRIHATIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah permohonan bagi Daerah Sabak Bernam
Untuk makluman Yang Berhormat Sabak Bernam, jumlah permohonan bagi mendapatkan bantuan rumah di bawah Program Kerajaan Prihatin dari daerah Sabak Bernam dari tahun 2014 sehingga 2016 adalah sebanyak 207 permohonan yang direkodkan. Namun begitu, hanya 57 permohonan sahaja yang telah diluluskan dalam tempoh tersebut berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Rumah Kerajaan Prihatin.
Kelulusan permohonan bagi sesebuah rumah sama ada baikpulih rumah mahupun bina baru rumah adalah tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Rumah yang diadakan selepas lawatan siasatan ke rumah pemohon dijalankan. Pemilihan yang dibuat adalah berdasarkan syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Butiran lengkap penerima bantuan dari daerah Sabak Bernam di bawah program ini dari tahun 2014 sehingga 2016 adalah seperti di lampiran.
